ASSALAMUALAIKUM-WARAHMATULLAHI-WABAROKATUH....SELAMAT DATANG-AHLAN WASAHLAN....BLOG INI DICIPTA ATAS DASAR KASIH KEPADA BANGSA DAN AGAMA ISLAM

Tuesday, 22 November 2011

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT......

SOLAT adalah komunikasi antara seorang hamba dengan Allah SWT yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan bahagia. Solat yang benar-benar diterima mendatangkan ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.
Solat yang sempurna juga melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah dalam firman-Nya; Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. (al-Mukminun: 1-2)
Walaupun kita menunaikan solat setiap hari namun, sejauhmana keyakinan kita dalam melakukan amalan ibadah yang diperintahkan kepada kita dalam rukun Islam kedua itu dengan sempurna dan diterima oleh Allah. Atau mungkin sekadar mendatangkan penat dan letih sahaja.
Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya, Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud, "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." (riwayat an-Nasaie)
Untuk memperoleh solat yang sempurna perlu disertai dengan persediaan dari segi rohani dan juga jasmani.
Solat perlu dilakukan keadaan yang selesa di samping menumpukan sepenuh perhatian serta menghadirkan hati kepada Allah SWT sebagai persediaan rohani.
Daripada segi jasmani pula, solat adalah perbuatan anggota tubuh dan bacaan yang sempurna.
Justeru, untuk memperoleh solat yang sempurna yang menjanjikan ketenangan serta kebahagiaan hidup, maka amat penting kepada kita untuk menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan.
Maka proses komunikasi antara seorang hamba dan Penciptanya akan lebih bermakna dan memberikan kesan yang terbaik.
Berikutan pentingnya untuk mengecapi khusyuk dalam solat itu, Profesor Emeritus Datuk Isahak Haron bersama Ibrahim Hashim mengambil inisiatif menerbitkan buku Fahami bacaan dalam solatmu.
Ia menghimpunkan bacaan-bacaan dalam solat bersama terjemahan dengan penyampaian yang ringkas dan padat serta mudah untuk difahami.
Isahak berkata, buku tersebut dihasilkan daripada kajian beliau di beberapa sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) mendapati kurang daripada 10 peratus murid atau responden yang memahami bacaan al-Fatihah dan ayat lain dalam solat masing-masing.
"Pelajar sama ada di sekolah atau di institusi hanya didedahkan dengan bacaan solat dengan menghafal setiap ayat yang perlu dibaca semasa solat. Namun, mereka tidak ditekankan memahami bacaan ayat tersebut.
"Tinjauan peribadi saya juga mendapati, buku atau penulisan mengenai terjemahan bacaan dalam solat adalah sangat kurang diterbitkan oleh mana-mana organisasi," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menerangkan buku Fahami bacaan dalam solatmu di Rumah Universiti, Universiti Malaya baru-baru ini.
Kajian tersebut memberi ilham kepada Isahak untuk menerbitkan sebuah buku sebagai panduan kepada masyarakat terutamanya orang yang baru memeluk Islam sebagai rujukan untuk menunaikan solat dengan sempurna dan menerima ganjaran penuh daripada Allah SWT.
Sebagaimana sabda Nabi SAW, "Seseorang hamba itu bersolat dan hanya mendapat satu persepuluh daripada solatnya, atau satu persembilan, atau satu perlapan, atau satu pertujuh, atau satu perenam, atau satu perlima, atau satu perempat, atau satu pertiga atau separuh". (riwayat Abu Dawud, Ahmad)
Buku ini mengandungi 13 bab bermula dengan bacaan wuduk sehingga bacaan tahiyat akhir. Di samping itu, buku itu juga menyediakan latihan tambahan untuk menambah kefahaman dan menguji meningkatkan daya ingatan serta hafalan.
Bagi pemahaman pembaca, penulis juga menyediakan ilustrasi bergambar sebagai panduan menunaikan solat dengan kaedah yang betul serta terjemahan lengkap secara per-kata bagi setiap ayat dan perkataan yang dibaca semasa solat.
Dengan menggunakan bahasa yang mudah dan penerangan ringkas, buku ini sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat bagi membantu meningkatkan rasa khusyuk dalam solat.
Ia sesuai dijadikan bacaan peribadi atau sebagai panduan dalam kelas pengajian untuk masyarakat umum.
Oleh itu, pembaca dapat memahami setiap bacaan yang dituturkan dalam solat dan menghayati ibadah yang dilakukan dengan sebaik-baiknya.
Buku itu juga secara tidak langsung mengajar pembaca untuk memahami dan mempelajari bahasa Arab yang merupakan bahasa syurga itu.




credit from utusan on9..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Monday, 21 November 2011

kotak hitam di tengah lembah......ialah Kaabah....

APA ADA DALAM KAABAH

Zaman Nabi Muhammad S.A.W di dalam kaabah ada terdapat 6 tiang.yang di bina oleh kaum Quraisy,Tiang itu digunakan untuk menyokong bumbungnya.2 tiang sebelah kiri,satu tiang di sebelah kanan dan 3 tiang di sebelah belakang.tiang-tiang itu adalah kayu.
Selepas pembinaan di lakukan Sultan Murad, Cuma terdapat tiga batang tiang kayu.tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter.berwarna merah kekuningan.satu tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat segi.


Sekitar tahun 1304 hijrah /1884 m tiang-tiang dalam Kaabah menjadi reput, pada tahun 1314 hijrah/1894 M ia telah diperkuatkan dengan lengkungan kayu seperti bola di bawah setiap tiang itu yang letaknya 1.5 meter dari lantai .antara tiga tiang dalam Kaabah itu jaraknya ialah 2.35 meter.terdapat sebuah tangga kayu dibina di dalam kaabah untk menuju ke bumbung kaabah.di tangga itu telah dihamparkan kain hitam yang di hiasi emas dan perak.lantai kaabah telah di pasang marmar putih dan merah.dindingnya juga di pasang marmar yang di hiasi tulisan khat.didalam kaabah terdapat tirai  yang bertulis kalimat syahadah.terdapat banyak lagi tulisan yang terdapat didalam kaabah. Ia di bina pada zaman Sultan Abdul Aziz Khan,iaitu pada tahun 1209 H/1789M.

Terdapat pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang di letakkan.antara lain ialah sekeping papan dari bahtera Nabi Noh.terdapat sekeping marmar merah di penjuru utara kaabah.selain itu terdapat barangan tinggalan sejarah di penjuru Iraqi,antaranya ialah sepasang subang milik Siti Maryam dan satu tanduk kibas.
Ruang dalam kaabah boleh memuatkan 50 orang.terdapat satu bahagian yang di kenali sebagai Rukhamat Humra.kaabah tiada tingkap dan mempunyai satu pintu.dinding sebelah atas diliputi dengan kain berwarna hijau yang di hiasi dengan ayat Al-Quran dari tinta emas.selain itu, terdapat satu telaga yang sangat dalam yang di gali oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.Perigi itu terletak di sebelah kanan kaabah,ia berisi emas,perak,dan permata yang dihadiahkan kepada kaabah dalam jumlah yang agak banyak.perigi itu terkini terletak di bawah lantai marmar kaabah.

*UKURAN KAABAH
TINGGI
15 METER=50 KAKI
LEBAR BHGN BARAT
11.93 METER=39.6 KAKI
LEBAR BHGN RUKUN SYAM
10.32 METER=34.5 KAKI
LEBAR BHGN TIMUR
11.58 METER=38.6 KAKI
TINGGI DARI ARAS BUMI
2 METER=6.7 KAKI


               
  Kaabah sebuah binaan batu yang di bina beratus tahun dahulu di Kota Mekkah oleh Nabi Adam,kemudian, Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail.ia di bina atas suruhan Allah.Bangunan kaabah pada asalnya berbentuk bulat,bangunan ini tidak mempunyai tingkap dan mempunyai satu pintu di bahagian timur,kini bangunan ini berbentuk segi empat.bangunan ini masih berada di tapak asalnya walaupun pelbagai rintangan yang di lalui Kota Mekah,seperti banjir dan sebagainya.kaabah menjadi sebuah tempat yang mulia bagi semua umat islam,ini kerana kaabah merupakan batu penanda bagi umat islam untuk menunaikan solat(penanda qiblat).ia bermula di zaman Nabi Muhammad S.A.W.yang mana Allah memerintahkan kepada Rasullullah untuk memindahkan arah qiblat manusia dari Baitul Maqdis di Palestin bertukar ke arah Baituallah al-haram di Mekkah(kaabah).Bermula dari itu semua umat islam menunaikan solat menghadap ke arah kaabah,bahkan menunaikan haji dan umrah juga di lakukan di Baituallah di Mekah(kaabah).



Kaabah pada asalnya hanya sebuah bangunan batu di tengah Kota Mekah.ketika Rasullulah berhijrah ke Madinah(yastrib),bangunan kaabah telah di gunakan oleh kaum quraisy mekkah untuk menyimpan berhala mereka.tetapi ketika Rasullulah menyerang dan menakluk Mekah.semua berhala didalam dan sekeliling kaabah di musnahkan.sejak itu kesucian kaabah dijaga umat islam.kunci kaabah telah di jaga oleh Bani Syaibah.Kaabah pernah roboh beberapa kali,setelah sekian lama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ianya roboh dan dibina semula oleh kaum puak Jurhum,kemudian roboh lagi,ia dibina oleh kaum Quraisy Mekkah.  pada suatu masa dahulu kaabah telah runtuh akibat banjir besar melanda Mekah,ia dibina semula oleh Rasullulah,dan ketika itu ketua-ketua kaum di Mekah bertelagah berebut untuk meletakkan batu Hajar Aswad ke tempat asalnya.dengan kebijaksanaan Rasullulah,akhirnya pertelagahan itu Berjaya di selesaikan dan Rasullulah sendiri yang meletakkan batu tersebut dan   di saksikan oleh semua ketua kaum Mekah,mereka sangat berpuas hati.
Bangunan masjid di sekeliling kaabah telah menerima pelbagai evolusi dan perubahan .dari sebuah masjid yang kecil hingga ke sebuah pusat ibadah yang besar seperti sekarang.semua itu dilakukan untuk menjamin keselesaan para jemaah yang datang berkunjung ke kaabah,terutamanya pada musim haji.pada musim haji 1430 H 2009 M sebuah lagi peristiwa berlaku iaitu Masjid Al- Haram telah di wartakan sebagai bangunan terbesar didunia.




bersambung....
nantikan sambungan entry ini pada masa yang akan datang...

Thursday, 10 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..



assalamualaikum semua....alhamdullillah....kini telah menjelang hari raya aidil adha....antara hari kebesaran islam...hari yang istimewa buat ummat islam bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s...
Nabi ibrahim yang di perintahkan oleh Allah s.w.t menyembelih anaknya ismail...dan mereka yang sangat taat dan patuh akan Allah...melaksanakannya dengan penuh tawadduk...dan nabi ismail telah di gantikan dengan seekor kibas yang besar...
hari raya aidiladha juga merupakan hari ummat islam menunaikan haji di makkah...pada tahun ini, lebih kurang 3 juta ummat islam menunaikan haji di Makkah.antara hari yang penting ialah 9 zulhijjah, iaitu hari wukuf di arafah dan merupakan kemuncak haji...diikuti dengan 10 zulhijjah merupakan hari raya aidiladha dan 11,12,13 zulhijjah merupakan hari tasyrik...ummat islam di sunatkan bertakbir selama 10 hingga 11 zulhijjah...ini lah kelainannya dengan aidilfitri iaitu takbir hanya berkumandang dari terbenam matahari akhir ramadhan hingga imam selesai solat sunat aidilfitri...
sepatutnya hari raya aidiladha dirayakan lebih meriah berbanding aidilfitri...tetapi di Malaysia ia kelihatan terbalik....Allahuaalam...
di sebabkan Putera malas nak type...so sempena raya haji nie jom kita tengok gambar kaabah...kerana

Kelebihan Melihat Kaabah: Ibnu Abbas r.a berkata: "Memerhatikan Kaabah akan mengukuhkan iman". Hamad bin Abi Salamah Rahimahullah berkata: "Orang yang memerhatikan Kaabah adalah seperti orang yang bersungguh-sungguh dalam beribadat".

Mujahid berkata: "Memerhatikan Kaabah merupakan ibadat". Said bin Musayyab berkata: "Sesiapa yang memerhatikan Kaabah dengan penuh keimanan dan kepercayaan, akan gugurlah segala kesalahan dan dosanya sebagaimana ketika dia dilahirkan".