- air tawar,
- air masin,
- air hanyir,
- angin
- api
sesungguhnya tanah yang menjadikan tubuh Adam itu tanah pilihan yang di adunkan bersama rempah dan wangi-wangian dari Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Bhrul-Uluhiyyah"...kemudian di rendam dalam air "Kudral.'Izzah-Nya", iaitu sifat "Jalan dan Jammal"...lalu diciptakan tubuh Adam yang sempurna.ALLAH s.w.t ada berfirman didalam Al-Quran dalam surah Ad-Dhar ayat 1. Yang membawa maksud ALLAH menciptakan Adam dan alam semesta dalam jangka masa yang sangat lama dan tidak terhitung oleh manusia.
Menurut keterangan para ulamak, ketika tubuh Adam di selubunginya dalam waktu 120 tahun,40 tahun di tanah yang kering,40 tahun di tanah basah,40 tahun di tanah yang hitam dan berbau.kemudianya ALLAH rubah tubuh Adam dengan rupa yang penuh kemuliaan.maka tertutuplah semua pandangan para Malaikat.
ketika siap rupa nabi Adam, kemudiannya ALLAH memerintahkan roh untuk masuk kedalam tubuh Nabi Adam, ia pun merasa enggan,malas dan segan,roh itu hanya berputar-putar di sekeliling tubuh Adam yang mengeras seperti batu...roh itu terus berputar sekeliling tubuh itu sambil dikelilingi para Malaikat yang menyaksikan.kemudia ALLAH memerintahkan Malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk ke dalam tubuh Nabi Adam, akhirnya roh itu menyerah kepada Mlaikat Izrail..dahulunya Malaikat Izrail di tugaskan mengambil tanah untuk di jadikan tubuh Nabi Adam,sekarang ia ditugaskan memasukkan roh kedalam jasad Nabi Adam, dan di belakang hari,ia di tugaskan mencabut roh manusia. Roh itu masuk ke dalam tubuh Nabi Adam melaui kepala, ia mengambil masa selama 200 tahun,setelah itu,maka tersusunlah segala organ kepala Nabi Adam,urat-urat saraf,dan salur-salur darah mulai tersusun,dan mata Nabi Adam terbuka luas sambil melirik kekiri dan kekanan serta kebawah melihat tubuhnya yang masih mengeras seperti batu.telingganya juga dapat mendengar dan beliau mendengar para Malaikat bertasbih memuji-muji ALLAH dengan suara yang amat merdu dan mengasyikkan. Apabila roh sampai ke hidung,maka Nabi Adam pun bersin dan mulutnya ternganga.lalu ALLAH mengajarkan beliau mengucapkan ALHAMDULLILLAH...,kemudian diikuti oleh Nabi Adam,dan ALLAH menjawap YARHAMUKKAALLAH....itulah perkataan pertama yang di ucapkan oleh Nabi Adam a.s.
Apabila roh sampai ke dada...maka dadanya mulai turun naik...dan Nabi Adam mulai hendak bangun sedangkan tubuhnya belum sempurna,itu menggambarkan sikap manusia yang tidak sabar dan suka tergesa-gesa....seperti firman ALLAH didalam Al-Quran yang bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa"
(Al-Israk : 11)
dan roh pun meresap ke seluruh tubuh manusia,dan tersusunlah segala sistem,organ saraf,dan salur darah,daging dan sebagainaya,sehingga sempurna,satu keterangan bahawa ketika di syurga kulit Nabi Adam berkeadaan baik sekali,berwarna putih kemerah merahan...seperti warna kuku kita....warna kuku manusia adalah sama walaupun warna kulit berbeza...
setelah kejadian Nabi Adam sempurna, Para Malaikat sangat takjub melihatnya.mereka samasekali tidak menyangka bahawa makhluk yang dulunya dari tanah hitam yang busuk boleh menjadi makhluk yang indah dan cantik seperti Nabi Adam.Kemudian ALLAH memakaikan anbi adam dengan pakaian yang penuh kemuliaan dan mahkota yang bertatah permata dan berlian,serta duduk di atas singgahsana keemasan mempamerkan dirinya sebagai seorang raja atau khalifah.Ia dikelilingi oleh para malaikat lalu di arak keseluruh pelusuk langit dari langit pertama hingga langit ke tujuh...di ikuti oleh ribuan para malaikat.menurut riwayat,Nabi Adam diarak selama 100 tahun kemudia barulah kembali ke dalam Syurga tempat ia dijadikan.
Nabi Adam sentiasa mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja yang ditemuinya.
No comments:
Post a Comment