ASSALAMUALAIKUM-WARAHMATULLAHI-WABAROKATUH....SELAMAT DATANG-AHLAN WASAHLAN....BLOG INI DICIPTA ATAS DASAR KASIH KEPADA BANGSA DAN AGAMA ISLAM

Friday, 10 June 2011

topik kali ini.....

Hai semua.....apa khabar??? Lama benar putera tidak update blog putera..
ALHAMDULLILLAH...hari nie putera berjaya mengambil masa sedikit untuk update blog.
hmmm...topik putera pada kali ini ialah mengenai satu sejarah pengembanggan islam di nusantara.
kawa-kawan semua pernah dengar tentang
WALI SONGO atau WALI SEMBILAN.
ha...inilah topik kita pada kali ini....
wali songo ini sangat terkenal di seluruh Indonesia terutamanya Kepulauan Jawa di daerah Kabupaten Demak.
dan mereka juga agak terkenal di Malaysia.
wali songo ini merupakan satu kelompok ahli ulamak islam yang bergiat aktif dalam mengembangkan agama islam di kepulauan jawa pada kurun ke 14. sebermulanya era wali songo ini...maka berakhirlah era pengaruh Hindu-Buddha di kepulauan jawa

ahli Wali Songo Ialah

  1. MAULANA MALIK IBRAHIM-(SUNAN MAULANA)
  2. RADEN RAHMAT -(SUNAN AMPEL)
  3. MAKHDUM IBRAHIM-(SUNAN BONANG)
  4. RADEN QASIM-(SUNAN DRAJAT)
  5. JAAFAR SHADIQ-(SUNAN KUDUS)
  6. RADEN PAKU-(SUNAN GIRI)
  7. SAYYID AHMAD BIN MANSUR-(SUNAN KALIJAGA)
  8. RADEN UMAR SAID-(SUNAN MURIA)
  9. SYARIFF HIDAYATULLAH-(SUNAN GUNUNG JATI)


SUNAN AMPEL


SUNAN MULIYANA

SUNAN BONANG

SUNAN DRAJAT

SUNAN GIRI

SUNAN GUNUNG JATI

SUNAN MURIA

SUNAN QUDUS


SUNAN KALIJAGA



mereka gigh menyebarkan islam menggunakan pelbagai cara...
antaranya dengan mengadakan pengajian umum.
melihat keadaan masyarakat jawa pada masa itu sanggat menggemari kesenian maka wali songgo telah mennyerapkan insur islam ke dalam kesenian masyarakat setempat..
mereka menjalankan dakwah dengan menggunakan kesenian setempat seperti mwnggunakan persembahan wayang kulit,gamelan dan lakonan yang berkonsepkan islam...
wayang kulit merupakan salah sebuah kesenian lama masyarakat jawa.para wali songo telah memanipulasikan kisah-kisah di dalam wayang kulit yang menggunakan Epik Mahabrata yang mempunyai unsur hindu-buddha. Mereka telah menukarkan jalan penceritaan yang ada kepada unsur islam.contohnya...terdapat satu keluarga yang di kenali sebagai 'pendowo limo'...atau pendakwah berlima, ia merupakan lima watak bersaudara yang setiap satunya mempunyai tauladan dan peribadi yang mulia, ia agar menjadi ikutan penduduk setempat.
selain terdapat lebih banyak falsafah islam yang di serapkan para Wali songo ke dalam kesenian wayang kulit


selain wayang kulit, wali songo juga menggunakan medium muzik tempatan,iaitu gamelan,mereka menggunakan muzik gamelan dengan memainkan lagu-lagu nashid dan lagu-lagu dakwah,mereka menggunakan cara yang amat baik dalam menjalankan  dakwah.sehinggakan tiada penentangan yang berlaku kerana mereka tidak dianggap musuh kerana menggunakan kesenian tempatan untuk menyebarkan syiar islam.antara lagu-lagu wali songgo yang popular hingga ke hari ini ialah lagu:
UBAT HATI(TOMBO HATI)
LIR-ILIR
WES WANCINE.
SHALAWAT BADAR
lagu-lagu ini merupakan lagu-lagu nasihat yang di ciptakan oleh wali songo.
ALAT-ALAT GAMELAN





No comments:

Post a Comment