ASSALAMUALAIKUM-WARAHMATULLAHI-WABAROKATUH....SELAMAT DATANG-AHLAN WASAHLAN....BLOG INI DICIPTA ATAS DASAR KASIH KEPADA BANGSA DAN AGAMA ISLAM

Monday, 18 July 2011

MENGURUSKAN JENAZAH ISLAM.




AS-SALAM SEMUA.....

al-hamdullillah....hari nie putera ingin menyentuh tentang pengurusan jenazah islam.
menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah.
ia sebaiknya di lakukan oleh ahli keluarga yang terdekat atau waris kepada si mati.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN WARIS

Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian. Di antara perkara yang perlu diuruskan oleh warisnya ialah :
  1. Urusan di Balai Polis bagi melaporkan kematian. Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.
  2. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
  3. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
  4. Urusan menggali kubur.
  5. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
  6. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
  7. Ucapan takziah.


MEMANDIKAN JENAZAH

perkara pertama perlu di lakukan ialah memandikan jenazah..

Syarat Mandi (ke atas mayat)
  1. Beragama Islam.
  2. Ada bersifat manusia.
  3. Ada tubuh manusia walaupun sebahagian daripadanya (ada mayat).
  4. Bukan mati syahid yang menegakkan kesucian Islam.

Syarat Ke atas Orang Hendak Memandikan Mayat
  1. Beragama Islam.
  2. Bukan musuh.
  3. Orang dewasa.
  4. Merdeka.
  5. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.
  6. Sabar.
  7. Tabah dan berani.
  8. Beramanah.

Rasulullah saw bersabda :

“Barang siapa yang memandikan mayat dan ia menyembunyikan ke atas apa yang dilihatnya, diampunkan oleh Allah swt empat puluh kali”.

Peralatan Dan Persiapan Mandi
  1. Tempat mandi/bilik mandi/tabir.
  2. Kain basahan dan tuala mandi.
  3. Air sabun – 1 baldi.
  4. Air cendana dan air kapur barus – 1 ceret.
  5. Sarung tangan.
  6. Kain sugi – 5 & 6 helai.
  7. Kain sugi – 7 & 9 gulung.
  8. Air daun bidara – 1 baldi.
  9. Kemeyan/setanggi sekiranya diperlukan.
  10. Pencebok atau gayung secukupnya.
  11. Tanah untuk tayammum.


Cara Memandikan Jenazah

Pada asasnya, mandi mayat sama dengan mandi wajib yang lain. Iaitu mengandungi 2 rukun. Pertamanya niat mandi dan keduanya meratakan air keseluruhan badan termasuklah bulu-bulu rambut dan umbi rambut. Cara-caranya ialah :
  1. Mayat diletakkan di tempat yang di khaskan.
  2. Dimandikan dalam sehelai kain yang boleh menyerapkan air serta menutup aurat. “Sesungguhnya Nabi saw telah dimandikan di dalam gamisnya (baju labuh)”. Maksud hadis.
  3. Bersihkan najis-najis pada tubuh dan kemaluannya. Kemudian diurut serta menekan perutnya supaya mengeluarkan najis atau kotoran yang ada dan membersihkannya. Niat beristinjak : “Sahaja aku beristinjak ke atas mayat ini kerana Allah taala”.
  4. Wudukkan mayat sepertimana orang hidup. Niat wuduk :“Sahaja aku mengambil wuduk yang sunat bagi mayat ini kerana Allah taala”.
  5. Mulakan mandi dengan air bersih. Disertai niat memandikan jenazah (hukum niat adalah sunat) (mandi adalah wajib). Lafaz niat : “Sahaja aku mandikan ke atas jenazah ini kerana Allah taala”.
  6. Setiap anggota mulakan disebelah kanan dahulu, dari Ummu Athiyah mengatakan ketika kami memandikan puteri Rasulullah saw, Zainab. Rasulullah bersabda mafhumnya :“Mulakan dengan memandikan bahagian anggota-anggota yang kanan dan anggota wuduk”. (Riwayat Al-Bukhari).
  7. Setelah dimandikan dengan air sabun, air daun bidara dan air mutlak sebanyak 3 kali, sekiranya tidak cukup memuaskan, maka lebihkan mandian menjadi 5 atau 7 kali. Rasulullah saw bersabda : “Mandikanlah jenazah-jenazah itu secara ganjil tiga, lima, tujuh kali atau lebih jika kamu pandang perlu”.
  8. Akhirnya mandikan dengan air kapur barus dan air cendana.

Beberapa Peringatan

  1. Ketika membasuh di sebelah kanan. “Ampunkanlah dia wahai tuhan dan kepada Engkaulah tempat kembali”.
  2. Ketika membasuh di sebelah kiri. “Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali”.
  3. Ketika mencurah air kapur barus (diakhir mandi jenazah).“Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali”.
  4. Sunat orang yang telah selesai memandikan jenazah, mandi sunat dengan niat “Sahaja aku mandi sunat selepas memandikan mayat kerana Allah Taala”. Begitu juga dengan orang yang mengangkatkan jenazah, sunat berwuduk untuk dirinya.
Doa untuk mengelakkan dari badi mayat. “Dengan nama Allah yang tidak memberikan kemudharatan oleh sesuatu di bumi dan di langit. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Perkara Yang Haram Di Waktu Mandi
  1. Meniarapkan mayat.
  2. Menyentuh kemaluan dengan tidak berlapik.
  3. Melihat aurat antara pusat ke lutut dengan tidak ada sesuatu hajat.
  4. Menceritakan kepada orang lain apa yang dilihat sewaktu memandikan jenazah, seperti hitam mukanya, lebam, berubah baunya dan sebagainya
MENGKAFANKAN JENAZAH

  1. Mayat diletakkan di atas kain yang sudah diap di susun.
  2. Letakkan kapas pada rongga-rongga pada badan mayat seperti telinga, tempat luka jika ada, anggota-anggota sujud seterusnya sampai ke kaki.
  3. Tangan diqiamkan atau diluruskan.
  4. Pakaikan kain, baju, telekong dan seterusnya 2 lapisan kain yang menutupi seluruh badan. (mulakan dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri).
  5. Percikkan air mawar atau minyak atar di atas kapan.
  6. Akhirnya diikatkan dengan tali ikatan yang disediakan (hujung kepala, dada, pinggang, lutut dan hujung kaki).
Perbezaan Kapan Lelaki, Perempuan Dan Kanak-kanak
  1. Lelaki – 3 lapis.
  2. Perempuan – 5 lapis.
  3. Kanak-kanak – 3 lapis.
(makruh sekiranya kita menggunakan kain kafan yang mahal kerana ini adalah amalan yang membazir). Sabda Rasulullah saw :

“Jangan kamu permahalkan tentang kafan kamu, kerana sesungguhnya ia segera reput atau rosak”. (Riwayat Abu Daud)

Jenazah Di Dalam Ihram Haji Atau Umrah

Hendaklah dikafankan dengan pakaian ihram selepas dimandikan tidak boleh diletakkan minyak wangi atau wangian kepadanya.
  1. Bagi mayat lelaki – hendaklah dibuka kepalanya.
  2. Bagi mayat perempuan – hendaklah dibuka mukanya.
SOLAT KEATAS JENAZAH

Solat yang dilakuakn oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt.

Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid. Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.
Persediaan Solat Jenazah

  1. Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
  2. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  3. Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  4. Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.


Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :

الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله

Jawab Makmum :

الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله

Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.
Rukun Solat Jenazah

  1. Niat pada takbiratul ihram.
  2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
  3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
  4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
  5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
  6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
  7. Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah

Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah

Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.

أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.

أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَأْمُوْمًا

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.

Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.

Takbiratul ihram

اَ للهُ اَكْبَرُ

“Allah Maha Besar”.

Beserta dengan niat

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.

Membaca Surah Al-Fatihah


“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)

Takbir kedua baca selawat.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.


“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”

Takbir ketiga berdoa untuk si mati.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ


“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”

Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.
أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Bacaan sesudah salam
  1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
  2. Surah Al-Falaq 1 kali.
  3. Surah An-Nas 1 kali.
  4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
  5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
  6. Ayat Kursi 1 kali.
  7. Doa yang sesuai.

MENGHANTAR JENAZAH KE PERKUBURAN

  1. Tidak bercakap kuat sama ada hal-hal keduaniaan mahu pun membaca Al-Quran atau zikir.
  2. Haram membawa bersama api, memainkan muzik atau gendang.
  3. Makruh menutup keranda mayat lelaki.
  4. Dilarang duduk di tanah sehingga jenazah diletakkan.
Perkara Tahyul Dan Khurafat Mengenai Kematian
  1. Mimpi cabut gigi – bawa alamat kematian.
  2. Bunyi burung hantu – ada kematian.
  3. Hujan panas tiba-tiba – ada yang mati berdarah.
  4. Perempuan mati bersalin – akan menjelma menjadi pontianak.
  5. Mayat akan bangun kalau dilompat kucing.
  6. Kacip atau besi diletakkan di atas mayat – hilang syaitan.
  7. Kubur wali keramat – dapat hajat dan tunai nazar.
Maklumat Tambahan
  1. Menurut Imam Syafie orang yang mati kerana membunuh diri dengan sengaja hendaklah dimandikan dan disolatkan. Manakala pendapat Abu Yusof dan Ibn Al-Human pula, mayat orang membunuh diri tidak disolatkan.
  2. Sunat bagi Imam Syafie mengangkat tangan semasa takbir dan diletakkan dibawah paras dada. Imam Hambali mengangkat tangan semasa takbir dan diletakkan dibawah pusat.
  3. Sunat merendahkan suara ketika membaca (tidak nyaring) dan tidak dibaca Doa Iftitah.
  4. Sunat bertahmid sebelum selawat dan berjemaah dalam saf.
  5. Sunat berdoa untuk orang yang beriman.
  6. Beri salam.
MENGKEBUMIKAN JENAZAH

  1. Hendaklah diturunkan jenazah seberapa cermat yang boleh, lemah-lembut dan penuh hormat di dalam suasana tenang.
  2. Letakkan jenazah ke dalam liang lahad dan baringkan di atas lambung kanan dengan mengadap kiblat.
  3. Disandarkan mayat dengan ketulan tanah supaya jenazah itu tidak terbalik atau terpesong dari kiblat.
  4. Tutup liang lahad dengan papan.
  5. Sunat meraub tanah tiga raub selepas mayat dimasukkan ke dalam liang lahad atau selepas ditutup dengan papan dan diletakkan di belakang mayat.Ketika rauban pertama bacalah: منها خلقناكم .Pada rauban kedua وفيها نعيدكم dan pada rauban ketiga ومنها نخرجكم تارة اخرى
  6. Timbuskan tanah dengan perlahan-lahan dan cermat. Pastikan supaya tanah tidak memasuki liang lahad tadi.
  7. Sunat meninggikan kubur sekadar sejengkal dari paras bumi.
  8. Sunat diletakkan tanda seperti batu nisan dan sebagainya supaya senang dikenali.





Tuesday, 12 July 2011

kelebihan bulan syaaban


as-salam semua.
...alhamdullillah...akhirnya putera dapat menwujudkan sebuah entry baru untuk bulan ni....sempena bulan syaaban yang mulia ini...putera akan menyentuh serba sedikit tentang  bulan syaaban dan keutamaannya...terdapat pelbagai amalan yang boleh di lakukan....semoga bermanfaat kepada semua..

sebelum itu putera ingin berkongsi sedikit maksud SYAABAN ini...
syaaban ialah berasal dari bahasa arab yang bermaksud berpecah-pecah atau berpuak-puak, di mana masyarakat Quraisy pada masa itu terpaksa berpecah untuk mencari sumber air di padang pasir
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya:

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan
dengan bulan Syaaban?”
Para sahabat menjawab,
“Allah dan RasulNya lebih mengetahui”
Sabda Rasulullah SAW,
“Kerana dalam bulan itu berkembanglah
kebaikan yang banyak sekali.”


Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.




Syaaban dan Kelebihannya


REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan  bersama Rejab pada tahun hadapan.
Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.
Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.
Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”
Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


KEUTAMAAN SYAABAN:

Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan  rahmat kepada hambaNya. 
Rasullah bersabda yang bermaksud: 

“Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”   
                                                                                                          
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan.
 Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud:

 “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt  serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: 

“Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak  dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud:

 “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”



APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?


  • Memperbanyakkan puasa sunat:


i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda   bermaksud:
 “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga  hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

 ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

 iii  Jika berpuasa sebulan  pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

 iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)

v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.” 


  • Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:

      Sabda Nabi saw yang bermaksud: 
“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.”(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)  

  • bertaubat


Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.



MALAM NISFU SYAABAN:



 Malam 15 Syaaban lebih dikenali  sebagai malam  Nisfu Syaaban.
 Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana  malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.
 Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.


seterusnya..putera nak berkongsi sedikit tentang satu doa pendek yang boleh di amalkan oleh sidang pembaca sekalian...iaitu doa memohon keberkatan. doa ini boleh di amalkan di sepanjang bulan Rejab dan Syaaban.



bersama amalkan doa ini selepas solat dan kalau boleh sepanjang kelapangan waktu sidang pembaca sekalian.


dan putera juga ingin menceritakan sedikit pengalaman putera menyambut nisfu syaaban di kawasan putera. putera hidup di kawasan majoriti penduduk berketurunan jawa, oleh itu masih terdapat adat tradisi jawa yang kuat di amalkan oleh penduduk di kawasan ini. ketika menyambut malam nisfu syaaban, seperti biasa penduduk kampung (lelaki) akan berkumpul di masjid. untuk majlis bacaan yassin.
masjid Al-Amin Parit Baru,Batu Pahat,Johor.


then penduduk kampung akan bersama membaca Yasiinn.
serta membaca doa Malam nisfu syaaban.
selepas solat isyak..jamuan akan di adakan. di sini akan jeloas kelihatan budaya masyarakat jawa, penduduk kampung akan bersama-sama membawa mekanan ke masjid, pelbagai juadah di bawa, sekiranya ramai yang datang, maka pelbagai lah pilihan yang ada. tetapi antara yang utama yang biasa di bawa ialah makanan identiti masyarakat jawa iaitu Nasi Ambeng.


selain itu ada juga yang membawa pulut,

ok....itu lah pengalaman putera menyambut Nisfu Syaaban di kampung Putera.
sekian sahaja itu lah topik minggu ini...semoga memberi manfaat kepada sidang pembaca semua...insyaallah.


Tuesday, 5 July 2011

BIODATA AL-QURAN...

AS-SALAM SEMUA.....
hari nie...atekk! nak bercerita serba sedikit mengenai Kitab Agung Umat Islam...Mukjizat terbesaar Nabi Muhammad...iaitu...
Kitab AL-QURAN AL-KARIM....


kitab ini di turunkan pada 17 RAMADHAN.
diturunkan selama 23 tahun
12 tahun 5 bulan 13 hari di Makkah
9 tahun 9 bulan 9 hari di Madinah
ayat pertama turun ialah Surah Al-Alaq ayat 1-5



ayat terakhir pula terdapat khilaf ulamak...ada yang menyatakan ayat 3 Surah Al-Maidah...dan ada pula yang menyatakan ayat 281 Surah Al-Baqarah.


ulamak besepakat akhirnya bahawa ayat 281 Surah Al-Baqarah adalah ayat terakhir diturunkan iaitu pada malam ke-9 sebelum kewafatan Rasullullah.ia adalh dari pendapat Imam Sayuti berpandukan keterangan ibnu Abbas yang di bawakan oleh An-Nasaei dari Akramah Bin Abbas.
bahasa Al-Quran ialah bahasa Arab
jumlah ayat ialah 6236 ayat
bilangan juzuk 30
bilangan surah 114
ayat Makkiah 86
ayat Maddaniah 28
surah pertama dalam urutan ialah Al-Fatihah
surah terakhir dalam urutan ialah Surah An-Nas
Hati Al-Quran ialah Surah Yasinn.
Al-Quran di zaman Rasullullah di tulis di pelepah2 kurma,kulit binatang dan batu
di zaman Saidina Abu Bakar pula beliau mengarahkan Zaid Bin Tsabit mengumpulkan ayat al-quran dari penulis wahyu dan di tulis di dalam satu mushaf.
di zaman Khalifah Umar Al-Khattab pertama kalinya Al-Quran di tulis dalam satu mushaf,tanpa baris dan titik.satu mushaf disimpan di rumah anak Saidina Umar (Hafsah bt.Umar).dan selebihnya di sebarkan ke seluruh negara islam.
Pada zaman Saidina Uthman.Al-quran di bukukan menjadi sebuah mushaf lengkap beserta baris dan titik,ia diberi nama Al-Quran Resam Uthmani.(seperti yang ada pada hari ini).
kesucian dan kebenarannya akan terpelihara sehingga Hari kiamat.
Al-quran meliputi bidang2 ilmu seperti tauhid.feqah,sains,matematik dan banyak lagi.
nama Al-Quran di ambil dari perkataan qara'a yang bermaksud baca dan 
maksud Al-Quran ialah bahan yang dibaca
nama lain bagi Al-Quran ialah al-Furqan,al-tanzil,al-zikr,al-kitab.




sekian sahaja serba ringkas mengenai Al-Quran...
segala yang baik datang dari Allah...dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
as-salam.